
KAHERAH, 3 Ogos- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 melanda kawasan timur laut bandar Suez, Mesir pada Isnin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
RINGKASAN BERITA AI
- USGS menyatakan gempa berlaku pada 12.00 tengah malam GMT, berpusat kira-kira 41 kilometer di utara timur laut Suez.
- Gegaran turut dirasai seorang wartawan AFP di Kaherah.
- Tiada laporan awal mengenai kematian atau kerosakan susulan kejadian.
- Maklumat awal datang daripada USGS dan laporan wartawan AFP.
USGS memaklumkan gempa yang berlaku pada 12.00 tengah malam GMT itu berpusat kira-kira 41 kilometer di utara timur laut Suez.
Gegaran turut dirasai seorang wartawan AFP di ibu negara Kaherah.
Tiada laporan awal mengenai kematian atau kerosakan susulan kejadian berkenaan. -AFP