Gempa bumi Kumamoto: 17 disahkan maut

Foto AFP

KASHIMA, 30 Julai – Sekurang-kurangnya 17 orang disahkan terkorban dalam kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter yang melanda wilayah Kumamoto. Manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini ditumpukan di kawasan sebuah pusat beli-belah yang rosak teruk.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak berkuasa menyiasat kemungkinan letupan gas di pusat beli-belah Aeon.
  • Premis Aeon baru dibuka semula bulan lepas sebagai kompleks membeli-belah dan hiburan memperingati pemulihan selepas gempa sedekad lalu.
  • Pasukan penyelamat khas, polis dan kira-kira 170 anggota tentera mencari mangsa; keseluruhannya lebih 4,500 anggota tentera dikerah.
  • Jepun terletak di laluan Lingkaran Api Pasifik dan menyumbang kira-kira 20 peratus gempa global bersaiz 6.0 atau lebih.

Pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kemungkinan berlaku letupan gas di pusat beli-belah Aeon berkenaan.

Premis itu baru sahaja beroperasi semula bulan lepas sebagai kompleks membeli-belah dan hiburan baharu bagi memperingati pemulihannya daripada gempa bumi berdarah sedekad lalu.

Pasukan penyelamat khas bomba, polis serta kira-kira 170 anggota tentera kini menumpukan pencarian di kawasan bangunan yang dikesan masih terdapat suara meminta bantuan.

Secara keseluruhan, lebih 4,500 anggota tentera telah dikerah bagi membantu misi pemulihan di seluruh zon terjejas.

Kedudukannya yang terletak di laluan “Lingkaran Api Pasifik” menyaksikan Jepun menyumbang kira-kira 20 peratus daripada kejadian gempa bumi berukuran 6.0 atau lebih di peringkat global.

Untuk rekod, gempa bumi teruk yang melanda Kumamoto 10 tahun lalu telah mengorbankan 275 nyawa, mencederakan 2,739 yang lain serta merosakkan ribuan bangunan termasuk benteng Istana Kumamoto yang menjadi tumpuan pelancong. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.