
WILAYAH HAINAN, 11 Mei – China berjaya melancarkan kapal kargo angkasa Tianzhou-10 dari Tapak Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang pada pagi Isnin untuk menghantar bekalan ke stesen angkasa Tiangong.
- Tianzhou-10 berpisah dari roket selepas kira-kira 10 minit dan memasuki orbit yang ditetapkan.
- Dimuatkan dengan sut EVA baru, propelan dan muatan untuk eksperimen saintifik.
- Misi pembekalan kargo kelima sejak stesen memasuki fasa aplikasi dan pembangunan serta misi ke-641 bagi siri Long March.
Menurut Agensi Angkasa Lepas China (CMSA), Roket Long March-7 yang membawa Tianzhou-10, dilancarkan pada pukul 8:14 pagi (waktu Beijing) dari Wenchang, Wilayah Hainan di selatan China.
Selepas kira-kira 10 minit, Tianzhou-10 berpisah dari roket dan memasuki orbit yang ditetapkan.
CMSA mengisytiharkan pelancaran itu berjaya sepenuhnya.
Tianzhou-10 dimuatkan dengan bekalan penting termasuk satu sut pakaian baharu angkasa bagi aktiviti luar kenderaan (EVA), propelan dan muatan untuk eksperimen saintifik.
Misi itu adalah penerbangan pembekalan semula kargo kelima program angkasa lepas kendalian China sejak stesen angkasa memasuki fasa aplikasi dan pembangunan.
Ia juga merupakan misi ke-641 siri roket Long March.-REUTERS