
BEIJING, 12 Februari – Kementerian Perdagangan China mengubah pendirian pada Khamis dengan membenarkan pengeluar kenderaan elektrik (EV) China berunding secara bebas dengan Kesatuan Eropah (EU).
- China benarkan pengeluar EV runding bebas dengan EU mengenai pengecualian tarif.
- Kesepakatan memerlukan persetujuan harga minimum dan kuota jualan untuk model tertentu.
- Beijing sedia teruskan komunikasi dengan EU dan sokong pengeluar manfaatkan perjanjian harga.
Langkah tersebut diambil susulan Volkswagen memperoleh pengecualian tarif untuk salah satu model SUV buatan China.
Suruhanjaya Eropah minggu ini meluluskan permintaan jenama Cupra Volkswagen bagi mengecualikan SUV Tavascan yang dihasilkan di China daripada tarif import.
Namun dengan syarat harga minimum dan kuota jualan dipersetujui.
Jurucakap kementerian perdagangan China, He Yadong berkata China bersedia meneruskan komunikasi dengan EU.
Kedua-dua pihak menyokong pengeluar EV China memanfaatkan perjanjian harga dengan baik.
Beijing membuka semula rundingan dengan Brussels pada Disember lalu dan menasihati blok itu supaya tidak mengadakan rundingan berasingan dengan pengeluar China.
Walaupun peraturan EU membenarkan pengecualian tarif untuk model EV tertentu buatan China. – REUTERS