
ACEH, 20 Februari – Sebanyak 50 pek makanan asas, atau lebih dikenali sebagai sembako, diagihkan kepada mangsa banjir di Aceh Utara yang terjejas teruk.
- 50 pek makanan asas diagihkan kepada mangsa banjir di Aceh Utara.
- Peruntukan RM10,000 untuk barangan keperluan harian seperti beras, minyak, gula, garam dan telur.
- Inisiatif oleh Econsave Cash And Carry dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menerusi Misi Kemanusiaan Aceh 2.0.
- Bantuan dipilih untuk menampung keperluan keluarga selama sebulan bagi menyambut Ramadan; pengagihan dibuat secara sistematik.
Program yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM10,000 itu menyediakan barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula, garam dan telur bagi membantu meringankan beban penerima.
Inisiatif misi kebajikan anjuran Econsave Cash And Carry dengan kerjasama Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menerusi Misi Kemanusiaan Aceh 2.0 ini bertujuan membantu mengurangkan beban serta penderitaan mangsa banjir yang terkesan teruk akibat bencana berkenaan.
Menurut Ketua Misi, Muhammad Hariz Hermansah, setiap pek makanan dipilih khusus bagi menampung keperluan setiap keluarga untuk tempoh sebulan terutamanya untuk menyambut bulan Ramadan.
Beliau berkata demikian selepas selesai pengagihan sumbangan 50 pek makanan kepada mangsa banjir di Aceh Utara.
Sumbangan tersebut melibatkan 4 buah kampung yang terjejas.
50 penerima dipilih untuk menerima bantuan bagi memastikan proses pengagihan berjalan dengan lebih sistematik dan teratur.
Baki penerima yang telah dikenal pasti akan menerima bantuan pada tarikh lain.