
WASHINGTON, 14 Mac – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran $10 juta dolar bagi mendapatkan maklumat mengenai pemimpin tertinggi baharu Iran, Mojtaba Khamenei dan beberapa pegawai tertinggi Iran yang lain.
- Sepuluh pegawai tertinggi Iran disenaraikan, termasuk Menteri Dalam Negeri Eskandar Momeni dan Menteri Perisikan Esmail Khatib.
- Jabatan Negara mendakwa mereka mengarahkan elemen IRGC yang merancang, menyusun dan melaksanakan aktiviti keganasan di seluruh dunia.
- Orang ramai digesa menghantar maklumat melalui Tor atau Signal; program Ganjaran demi Keadilan menawarkan imbuhan bagi penangkapan atau pendakwaan.
Menteri Dalam Negeri Iran, Eskandar Momeni serta Menteri Perisikan dan Keselamatan Iran, Esmail Khatib, antara 10 individu yang tersenarai.
“Individu-individu ini memerintah dan mengarahkan pelbagai elemen Kor Pengawal Revolusi Iran,(IRGC) yang (bertindak) merancang, menyusun dan melaksanakan aktiviti keganasan di seluruh dunia,” dakwa jabatan berkenaan.
Jabatan itu menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghantarnya melalui Tor atau Signal, sambil menyatakan bahawa ‘maklumat diterima boleh melayakkan penyalurnya dipindahkan ke tempat lain serta menerima ganjaran.’
Program “Ganjaran demi Keadilan” menawarkan imbuhan wang tunai bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan atau pendakwaan individu yang dikehendaki.
Bapa kepada Mojtaba Khamenei, iaitu Ali Khamenei, terbunuh dalam satu pengeboman pada 28 Februari semasa permulaan perang yang dicetuskan Israel dan AS terhadap Iran. – AFP