AS, Israel dakwa bom 15,000 sasaran di Iran

Setiausah Pertahanan AS, Pete Hegseth – Foto AFP

WASHINGTON, 14 Mac – Amerika Syarikat (AS) dan Israel mengebom lebih 15,000 sasaran sejak melancarkan perang terhadap Iran, hujung bulan lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth memaklumkan serangan paling banyak dilancarkan pada Jumaat.
  • AS dan Israel melancarkan kempen serangan udara besar-besaran terhadap Iran pada 28 Februari.
  • Hegseth berkata peluru berpandu Iran turun 90 peratus dan dron serangan sehala berkurang 95 peratus.

Setiausah Pertahanan AS, Pete Hegseth memaklumkan, paling banyak serangan dilancarkan pada Jumaat.

“Tentera udara kedua-dua pihak (AS dan Israel) menyasarkan lebih 15,000 sasaran musuh (Iran). Jumlah itu bersamaan lebih daripada 1,000 serangan setiap hari,” katanya dalam sidang media di sini.

Amerika Syarikat dan Israel melancarkan kempen serangan udara besar-besaran terhadap Iran pada 28 Februari lepas.

Susulan itu,Tehran telah bertindak balas dengan melancarkan gelombang peluru berpandu serta dron ke negara-negara di rantau itu yang menempatkan tentera AS.

“AS menyasarkan infrastruktur peluru berpandu dan dron milik Iran,” kata Hegseth sambil menambah kononnya jumlah serangan balas telah menurun dengan ketara berbanding pada peringkat awal konflik.

“Peluru berpandu, pelancar peluru berpandu dan dron mereka (Iran) sedang dimusnahkan atau ditembak jatuh dari langit,” katanya lagi.

“Jumlah peluru berpandu Iran kini menurun sebanyak 90 peratus, manakala dron serangan sehala mereka pada Khamis berkurangan sebanyak 95 peratus.” – AFP