AS bakal perluas operasi antidadah ke laluan darat

Presiden AS, Donald Trump bercakap kepada pemberita di White House sempena genap tahun pertama penggal baharunya sebagai presiden /REUTERS

WASHINGTON, 21 Januari -Amerika Syarikat (AS) akan memperluas operasi membanteras penyeludupan dadah melalui laluan darat dalam masa terdekat.

RINGKASAN BERITA AI
  • AS akan memperluas operasi membanteras penyeludupan dadah melalui laluan darat dalam masa terdekat.
  • Operasi laut sebelum ini berhasil menyekat kemasukan dadah sehingga 97 peratus menurut pentadbiran.
  • Trump mendakwa pihak berkuasa mengetahui lokasi dan laluan penyeludupan darat secara terperinci.
  • Pihak berkuasa tidak menyatakan negara atau sempadan tertentu yang terlibat dalam kemasukan dadah.

Presiden AS, Donald Trump berkata, langkah itu diambil selepas pentadbirannya mendakwa berjaya mengurangkan secara ketara penyeludupan dadah melalui laluan laut.

Menurut beliau, operasi ketenteraan dan keselamatan di perairan Caribbean serta Lautan Pasifik telah menyekat kemasukan dadah melalui laut sehingga 97 peratus.

“Kita telah lakukan operasi besar-besaran di laut. Sekarang kita akan lakukan perkara yang sama di darat, dan ia akan bermula tidak lama lagi,” katanya.

Trump mendakwa pihak berkuasa AS mengetahui secara terperinci lokasi serta laluan penyeludupan dadah yang digunakan melalui darat.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan negara atau sempadan tertentu yang terlibat dalam kemasukan dadah tersebut.

Kenyataan itu dibuat dalam sidang media di White House, sempena genap tahun pertama penggal baharunya sebagai presiden.

Pentadbiran Trump sejak beberapa minggu lalu meningkatkan tekanan terhadap rangkaian penyeludupan dadah, termasuk operasi di perairan antarabangsa serta kerjasama keselamatan rentas negara. -REUTERS