Angkatan Tentera Jordan pintas tiga peluru berpandu dalam 24 jam

Pelbagai peluru berpandu Iran dipamerkan di Muzium Angkatan Aeroangkasa IRGC di Tehran sebagai simbol keupayaan pertahanan negara/Foto REUTERS

AMMAN, 27 Mac – Angkatan Tentera Jordan mengumumkan pada Khamis yang peluru berpandu Iran menyasarkan negara itu sebanyak tiga kali dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

RINGKASAN BERITA AI
  • Tentera Udara Diraja Jordan memintas semua peluru berpandu dengan cekap dan profesional menurut kenyataan Markas Angkatan Tentera.
  • Direktorat Media Ketenteraan mengeluarkan kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita Jordan Petra.
  • Unit berkaitan menangani 17 laporan melibatkan serpihan dan objek yang jatuh dalam tempoh sama.
  • Tiada kecederaan dilaporkan tetapi beberapa kerosakan harta benda direkodkan.

Direktorat Media Ketenteraan di Markas Angkatan Tentera memaklumkan dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita Jordan (Petra) bahawa Tentera Udara Diraja Jordan berjaya memintas kesemua tiga peluru berpandu itu dengan cekap dan profesional.

Petra turut memetik jurucakap media Direktorat Keselamatan Awam sebagai berkata yang unit berkaitan menangani 17 laporan dalam tempoh sama melibatkan serpihan dan objek yang jatuh.

Menurut jurucakap itu, tiada kecederaan dilaporkan akibat insiden itu, namun terdapat beberapa kerosakan harta benda. – BERNAMA-WAM