Angka korban Gaza meningkat kepada 72,072 orang

Foto REUTERS

GAZA, 23 Februari– Angka korban akibat perang di meningkat kepada 72,072 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jumlah korban meningkat kepada 72,072 orang menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.
  • Jumlah cedera kini mencapai 171,741 orang.
  • Serangan berterusan termasuk artileri menyerang beberapa kawasan termasuk Gaza City, Bureij, Rafah dan Khan Younis.

Dalam kenyataan sama, pihak berkuasa memaklumkan jumlah keseluruhan mangsa cedera kini mencecah 171,741 orang.

Menurut mereka, dalam tempoh 24 jam lalu, dua mayat dan tiga individu yang cedera dibawa ke hospital di Gaza.

Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada Oktober tahun lalu, seramai 614 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh manakala 1,643 lagi cedera.

Pada Ahad, seorang wanita Palestin berusia 27 tahun dilaporkan maut selepas terkena tembakan tentera Israel di Beit Lahia, utara Gaza.

Laporan turut menyebut artileri Israel membedil kawasan timur Gaza City, kem pelarian Bureij di tengah Gaza, serta Rafah dan Khan Younis pada hari sama. -REUTERS