Anak kapal IRIS Dena Iran dibenar pulang

Kapal IRIS Dena Iran yang diserang kapal selam Amerika Syarikat. – Foto REUTERS

COLOMBO, 8 Mac – 22 anak kapal Iran yang dirawat di sebuah hospital di Sri Lanka setelah kapal perang mereka dikaramkan kapal selam Amerika Syarikat, dibenarkan pulang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anak kapal dirawat di Hospital Karapitiya, Galle, selepas IRIS Dena diserang di luar perairan Sri Lanka.
  • Mayat 84 rakyat Iran yang diselamatkan di Lautan Hindi ditempatkan di hospital sama.
  • Pegawai perubatan berkata 10 orang masih menjalani rawatan di hospital.
  • Sri Lanka nafi menerima tekanan Washington; tegas tindakan berpandukan undang undang antarabangsa dan negara.

Kesemua anak kapal itu dirawat di Hospital Karapitiya di bandar pelabuhan selatan Galle sejak Rabu, selepas kapal IRIS Dena diserang di luar perairan wilayah Sri Lanka.

Manakala mayat 84 rakyat Iran yang diselamatkan di Lautan Hindi juga berada di hospital berkenaan.

“Sementara itu, seramai 10 orang masih lagi menjalani rawatan,” kata seorang pegawai perubatan di hospital itu kepada AFP.

Serangan ke atas kapala IRIS Dena merupakan serangan tentera pertama di luar perairan Asia Barat sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan perang mereka ke atas Iran seminggu lalu.

Dalam pada itu, Sri Lanka menafikan dakwaan bahawa mereka menerima tekanan Washington untuk menghalang rakyat Iran tersebut kembali ke negara mereka.

Jurucakap tentera lautnya berkata, Colombo menegaskan sebarang tindakan yang diambil adalah berpandukan undang-undang antarabangsa dan undang-undang negaranya.

“Amerika Syarikat sudah tentu, menghormati dan mengiktiraf kedaulatan Sri Lanka dalam menangani situasi ini,” katanya.