
JAKARTA, 2 April- Amaran tsunami yang dikeluarkan di tiga negara termasuk Malaysia susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.4 di luar pesisir Indonesia pada Khamis telah ditarik balik, menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC).
RINGKASAN BERITA AI
- PTWC menarik balik amaran tsunami susulan gempa kuat di luar pesisir Indonesia.
- Berdasarkan semua data, PTWC menyatakan ancaman tsunami daripada gempa kini telah berlalu.
- Kenyataan PTWC dikeluarkan lebih dua jam selepas gempa yang mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang maut.
- USGS dan PTWC sebelumnya memberi amaran gelombang tsunami berbahaya berpotensi dalam lingkungan 1,000 kilometer pesisir Indonesia, Filipina dan Malaysia.
“Berdasarkan semua data yang ada… ancaman tsunami daripada gempa ini kini telah berlalu,” menurut kenyataan.
Kenyataan itu dikeluarkan PTWC lebih dua jam selepas gempa yang mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang maut.
Terdahulu, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) dan PTWC melaporkan gelombang tsunami berbahaya berpotensi berlaku dalam lingkungan 1,000 kilometer dari pusat gempa di sepanjang pesisir Indonesia, Filipina dan Malaysia. -AFP