72 maut dalam serangan Israel di Lubnan

Foto AFP

BEIRUT, 5 Mac– Sekurang-kurannya 72 orang maut, 437 cedera dalam serangan rejim Zionis ke atas Lubnan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan udara Israel di Lubnan mengakibatkan banyak korban dan kecederaan di kalangan penduduk awam.
  • Jumlah mangsa meningkat, dengan ratusan cedera dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan.
  • Lebih 83,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan berlindung di kem-kem rasmi.
  • Serangan itu berlaku selepas kumpulan pro-Iran melancarkan roket dan dron sebagai balasan terhadap serangan AS dan Israel.

Lebih 83,000 penduduk kehilangan tempat tinggal sejak bermulanya pusingan pertempuran baharu antara Israel dan Hizbullah.

“Jumlah korban pencerobohan Israel sejak subuh Isnin, telah meningkat kepada 72 orang syahid dan 437 orang cedera”, manakala Menteri Hal Ehwal Sosial mengumumkan bahawa bilangan orang yang kehilangan tempat tinggal di tempat perlindungan rasmi adalah 83,847,” menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan.

Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa kawasan di Lubnan selepas kumpulan pro-Iran mula melancarkan roket dan dron ke arahnya pada Isnin sebagai tindak balas terhadap serangan AS dan Israel yang membunuh pemimpin tertinggi Iran. -AFP