3 maut dalam nahas helikopter di Amur Oblast, Rusia

Gambar hiasan

VLADIVOSTOK, 21 Februari – Kesemua tiga individu di dalam sebuah helikopter yang dilaporkan hilang pada Khamis disahkan maut, menurut Kementerian Situasi Kecemasan Rusia bagi Wilayah Amur pada Sabtu, lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI
  • Helikopter hilang dari radar selepas berlepas dari tapak pembalakan di Romnensky, Amur Oblast.
  • Tiga mangsa termasuk juruterbang, seorang penyiasat dan seorang pegawai polis disahkan maut.
  • Mereka dalam perjalanan pulang dari lokasi jenayah berkaitan mayat seorang pekerja pembalakan.
  • Insiden dilaporkan oleh Jawatankuasa Siasatan Rusia dan Kementerian Situasi Kecemasan Wilayah Amur.

Helikopter itu hilang daripada radar pada petang Khamis selepas berlepas dari tapak pembalakan di daerah perbandaran Romnensky, di Amur Oblast.

Menurut Jawatankuasa Siasatan Rusia, ketiga-tiga individu yang berada di dalam pesawat itu – seorang juruterbang, seorang penyiasat dan seorang pegawai polis – sedang dalam perjalanan pulang dari lokasi jenayah yang mayat seorang pekerja pembalakan, yang mengalami kecederaan maut semasa bekerja, ditemukan. – BERNAMA-XINHUA