
KATHMANDU, 23 Februari – 19 maut selepas bas yang membawa 44 penumpang terjatuh ke dalam gaung sebelum ditemukan berdekatan sungai Trishuli di daerah Dhading pada Isnin.
RINGKASAN BERITA AI
- 19 penumpang maut selepas bas terjatuh ke dalam gaung berhampiran sungai Trishuli di Dhading.
- Bas itu membawa 44 penumpang; 25 lagi cedera dan sedang mendapatkan rawatan.
- Kemalangan jalan raya sering berlaku di Nepal kerana keadaan jalan buruk dan penyelenggaraan kenderaan lemah.
Bas berkenaan dilapor dalam perjalanan dari bandar pelancongan Pokhara ke ibu kota Kathmandu.
“Daripada 44 penumpang, secara keseluruhan 19 orang meninggal dunia dan 25 sedang menjalani rawatan,” kata pegawai kanan polis, Prakash Dahal.
Kemalangan maut merupakan perkara biasa di Nepal disebabkan jalan yang tidak baik dan kenderaan yang tidak diselenggara.
Pada Julai 2024, dua bas yang membawa lebih 50 penumpang terjunam ke dalam sungai sama berikutan tanah runtuh. – AFP