BAITULMAQDIS, 21 Oktober – Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) telah mengurus dan menghantar 15 lagi mayat rakyat Palestin dari Israel ke Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan 165.
RINGKASAN BERITA AI
- ICRC urus penghantaran 15 lagi mayat Palestin dari Israel ke Gaza, meningkat jumlah keseluruhan kepada 165.
- Penyerahan mayat adalah sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
- Kesemua mayat diserahkan kepada pihak berkuasa Gaza dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza.
- Bawah perjanjian, Israel menyerahkan 15 mayat Palestin bagi setiap satu mayat Israel; Hamas turut menyerahkan mayat ke-13 warganya.
Penyerahan mayat warga Palestin itu sebahagian daripada perkara yang dipersetujui bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
ICRC menerusi kenyataan memaklumkan, kesemua mayat telah diserahkan kepada pihak berkuasa Gaza dan disahkan Kementerian Kesihatan Gaza.
Bawah perjanjian tersebut, Israel perlu menyerahkan 15 mayat warga Palestin sebagai timbal balas pertukaran bagi setiap satu mayat warga Israel.
Rejim Zionis pada Isnin mengesahkan Hamas telah menyerahkan mayat ke-13 warganya yang ditahan di Gaza. – AFP