12 terkorban dalam serangan Israel di Timur, Selatan Lubnan

Runtuhan sebuah bangunan yang musnah akibat serangan Israel pada Januari lalu / FOTO AFP

BEIRUT, 21 Februari – Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam siri serangan udara Israel di timur dan selatan Lubnan pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • 12 maut dalam siri serangan udara Israel di timur dan selatan Lubnan.
  • Kempen Israel menyasarkan kumpulan Hizbullah dan Hamas menurut tentera Israel.
  • Di Lembah Bekaa, 10 terkorban dan 24 cedera, termasuk tiga kanak-kanak.
  • Serangan susulan ke kem pelarian Ain al-Helweh mengorbankan dua lagi individu.

Menurut pihak berkuasa Lubnan, kejadian berlaku ketika tentera Israel memaklumkan ia menyasarkan kumpulan Hizbullah dan Hamas.

Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan, serangan di beberapa lokasi di Lembah Bekaa mengorbankan 10 individu serta mencederakan 24 yang lain, termasuk tiga kanak-kanak.

Agensi Berita Nasional (NNA) sebelum itu melaporkan enam maut dan 25 cedera akibat “serangan hebat” di kawasan berkenaan.

Serangan berlaku beberapa jam selepas satu lagi serangan Israel ke atas kem pelarian Palestin terbesar di Lubnan, Ain al-Helweh, yang mengorbankan dua individu, menurut kementerian kesihatan.

Israel terus melancarkan serangan berkala ke atas Lubnan walaupun gencatan senjata dicapai pada November 2024 bagi menamatkan lebih setahun pertempuran dengan Hizbullah. – AFP