
BEVERLY HILLS, 9 Mac – Polis dilihat berada berhampiran kediaman penyanyi pop terkenal, Rihanna di Beverly Hills pada Ahad selepas seorang wanita melepaskan beberapa das tembakan ke arah rumah tersebut, lapor media tempatan.
- Seorang suspek wanita berusia 30 tahun ditahan untuk membantu siasatan.
- Rihanna dilaporkan berada di rumah semasa kejadian tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
- Komunikasi radio polis menyatakan kira-kira 10 das tembakan dilepaskan dari kenderaan berseberang jalan.
Menurut laporan Los Angeles Times dan NBC4 yang memetik jurucakap Polis Los Angeles, pihak berkuasa menerima laporan kejadian itu pada pukul 1.21 tengah hari Ahad.
Seorang suspek wanita berusia 30 tahun kemudian ditahan bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun, Polis Los Angeles dan wakil kepada Rihanna tidak memberikan maklum balas segera terhadap permintaan komen oleh Reuters.
Laporan Los Angeles Times memaklumkan Rihanna berada di rumah ketika kejadian berlaku, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Akhbar itu turut memetik komunikasi radio polis yang menyatakan kira-kira 10 das tembakan dilepaskan dari sebuah kenderaan yang berada di seberang jalan berhampiran pintu pagar kediaman berkenaan.-REUTERS