
WASHINGTON, 20 Februari- Pelakon Amerika Syarikat, Eric Dane yang dikenali menerusi siri drama perubatan, Grey’s Anatomy meninggal dunia pada usia 53 tahun, menurut laporan media tempatan pada Khamis.
- Keluarga mengesahkan Eric Dane meninggal dunia selepas bertarung dengan ALS.
- ALS adalah gangguan neurologi progresif juga dikenali sebagai penyakit Lou Gehrig.
- Dane terkenal sebagai Dr. Mark Sloan dalam Grey’s Anatomy, muncul dalam 139 episod.
Keluarga mendiang dalam satu kenyataan yang dipetik CBS memaklumkan, “Dengan hati yang berat, kami mengumumkan Eric Dane meninggal dunia pada petang Khamis selepas bertarung dengan penyakit ALS.”
Penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) ialah gangguan neurologi progresif yang turut dikenali sebagai penyakit Lou Gehrig.
Eric Dane sebelum ini mengumumkan pada tahun lalu bahawa beliau didiagnosis dengan penyakit berkenaan.
Anak kelahiran San Francisco itu membuat penampilan televisyen pertamanya pada 1991 menerusi siri “Saved by the Bell.”
Eric Dane mula mencipta nama pada 2006 sebagai Dr. Mark Sloan dalam siri “Grey’s Anatomy” dan muncul dalam 139 episod sehingga 2021, selain turut membintangi drama HBO Euphoria. -AFP