Bintang Uni-Verse jadi platform bakat nyanyian pelajar universiti

Pelancaran Bintang Uni-Verse, program pencarian bakat nyanyian khusus untuk pelajar universiti.

KUALA LUMPUR, 28 Januari – Universal Music Malaysia bersama L.Y. Music Factory dan Faithful Music melancarkan edisi pertama Bintang Uni-Verse, program pencarian bakat nyanyian khas untuk pelajar universiti yang menghubungkan institusi pengajian tinggi dengan industri muzik tempatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program bina jaringan antara universiti dan industri muzik untuk pendedahan profesional serta peluang kerjaya.
  • Memberi bimbingan profesional, pengalaman pembelajaran langsung dan pendedahan industri kepada peserta.
  • Sasarkan melahirkan artis baharu berdaya saing untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Program itu dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, selain menyaksikan pemeteraian kerjasama strategik antara Universal Music Malaysia dan lima universiti awam iaitu Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.

Bintang Uni-Verse bukan sekadar pertandingan, sebaliknya memberi pendedahan industri, bimbingan profesional dan pengalaman pembelajaran secara langsung kepada peserta.

Pelancaran program turut diserikan dengan persembahan artis Universal Music Malaysia termasuk Nuha Bahrin, Ismail Izzani dan Mohsein Kush.

Program ini disasarkan sebagai platform melahirkan generasi artis baharu yang berdaya saing dan berpotensi menembusi pasaran tempatan serta antarabangsa.

Maklumat lanjut mengenai uji bakat dan jelajah kampus akan diumumkan menerusi platform rasmi Universal Music Malaysia.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan