fb fb fb fb fb

Waspada, jangan terpedaya dakwaan BNM promosi skim pelaburan

FOTO FB Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Januari- Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan video, hantaran atau mesej yang menyalahgunakan nama, logo atau nama pegawai kanannya.

Bank pusat itu menjelaskan ia tidak mempromosikan mana-mana skim pelaburan sama ada menerusi video, hantaran atau mesej.

"Jangan terpedaya dengan video, hantaran atau mesej yang menyalahgunakan nama, logo atau nama pegawai kanan Bank Negara Malaysia.

"Sentiasa ingat, BNM tidak mempromosikan mana-mana skim pelaburan.

"Jika ragu-ragu, hubungi BNMLINK melalui bnmlink.bnm.gov.my,"menurut hantaran bank pusat itu di Facebook.

Tegas BNM, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pelaku.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE