fb fb fb fb fb

Wall Street mengukuh, dipacu kenaikan saham Nvidia dan Palantir berkaitan AI

Foto REUTERS

NEW YORK, 11 November – Wall Street meningkat dengan ketara pada Isnin, dipacu oleh keuntungan besar dalam saham Nvidia, Palantir dan syarikat besar lain berkaitan kecerdasan buatan (AI) susulan kemajuan di Washington untuk menamatkan penutupan kerajaan terpanjang dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Penutupan kerajaan itu dijangka berakhir minggu ini selepas satu kompromi yang memulihkan pembiayaan persekutuan berjaya melepasi halangan awal di Senat lewat Ahad, walaupun tarikh kelulusan akhir oleh Kongres masih belum ditetapkan.

Saham syarikat teknologi utama kembali pulih selepas mengalami beberapa kerugian baru-baru ini, dengan indeks sektor teknologi S&P 500 yang merosot 4.2 peratus minggu lalu kini kembali meningkat.

Saham Nvidia, syarikat paling berharga di dunia, firma analitik data AI Palantir, dan Tesla melonjak naik, memacu pasaran.

Indeks S&P 500 meningkat 103.63 mata atau 1.54 peratus kepada 6,832.43 mata, manakala Nasdaq Composite naik 522.64 mata atau 2.27 peratus kepada 23,527.17. Dow Jones Industrial Average pula meningkat 381.53 mata atau 0.81 peratus kepada 47,368.63. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN