KUALA LUMPUR, 3 Disember - Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuat kuasa 3 Disember 2025 bagi tempoh dua tahun.
Dalam kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan bahawa pelantikan tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan Perdana Menteri.
Selain menerajui MIDA, Tengku Zafrul turut akan diberikan beberapa tanggungjawab tambahan, yang kini sedang diperincikan dan akan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat.