fb fb fb fb fb

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latif, berkata jumlah peruntukan yang besar itu membuktikan Kerajaan MADANI serius dalam membantu rakyat menangani impak kenaikan kos sara hidup.

"Merujuk kepada laporan oleh Jabatan Perkara Malaysia atau DOSM (Jabatan Perangkaan Malaysia), iaitu laporan Indikator Kos Sara Hidup, terdapat usaha daripada kerajaan untuk memerangi kenaikan kos sara hidup seperti yang disebut dalam laporan tersebut.

"Usaha itu terdiri daripada bantuan fiskal, iaitu bantuan sumbangan tunai kepada rakyat.

"Namun, usaha ini harus juga disertakan dengan inisiatif lain seperti menaikkan gaji minimum dan pengenalan gaji progresif, kerana semua ini penting untuk mengurangkan kesenjangan antara rakyat serta memastikan kualiti hidup rakyat menjadi lebih baik," katanya kepada RTM.

Program STR dan SARA 2025 memanfaatkan hampir sembilan juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM