fb fb fb fb fb

Sime Darby perkukuh perkhidmatan selepas jualan, hadapi saingan pasaran

Sime Darby Berhad komited meningkatkan perkhidmatan selepas jualan serta memperkukuh kecekapan operasi / Foto Hiasan / Bernama

PETALING JAYA, 25 Februari – Sime Darby Berhad komited meningkatkan perkhidmatan selepas jualan serta memperkukuh kecekapan operasi dengan kos lebih efisien bagi memastikan pertumbuhan berterusan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata langkah itu diambil bagi menghadapi persaingan pasaran yang semakin mencabar, khususnya di China yang memberi kesan kepada margin keuntungan syarikat.

“Persaingan di China berpunca daripada lebihan bekalan, dengan terlalu banyak kenderaan dihasilkan terutama oleh pengeluar peralatan asli negara itu. Kini, kita melihat lebihan kapasiti tersebut dieksport ke pasaran lain bersama dengan amalan diskaun agresif,” katanya pada Taklimat Prestasi Kewangan Suku Kedua Tahun Kewangan 2025 di sini.

Mengulas dasar tarif import Amerika Syarikat, Jeffri menjangkakan tiada impak besar terhadap pasaran global kerana hubungan ekonomi antara Amerika Syarikat dan Asia masih kukuh.

Bagaimanapun, pemain industri tetap mengambil langkah berhati-hati terhadap sebarang ketidaktentuan yang mungkin timbul.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN