fb fb fb fb fb

Sime Darby bakal kuasai pasaran semua segmen kereta

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Februari- Pengambilalihan pegangan dalam UMW Holdings Berhad, bakal memberi peluang kepada Sime Darby Berhad menguasai pasaran semua segmen automotif.

Kehadiran Sime Darby dalam pasaran automotif tempatan akan diperluaskan ke pasaran pertengahan dan mampu milik.

Melalui nota penyelidikan, Penganalisis Kenanga Research, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz memaklumkan, syarikat itu berkemungkinan mendapat manfaat daripada pelancaran beberapa kereta baharu yang dijangka diperkenal menjelang April ini.

Pasca pengambilalihan pegangan dalam UMW Holdings, bahagian pasaran Sime Darby melonjak daripada hanya tiga peratus kepada lebih 50 peratus.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE