fb fb fb fb fb

Selenggara Lebuh Raya Pan Borneo libat kontrak RM69 juta

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 4 September - Kerajaan melantik PBH Asset Management Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyenggaraan jalan persekutuan Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) di Sarawak dengan nilai kontrak sebanyak RM69 juta.

Kontrak tersebut meliputi kerja rutin (sepanjang tahun), kerja berkala permukaan jalan berturap, kerja berkala bukan permukaan jalan berturap dan kerja kecemasan mengikut kelulusan dari semasa ke semasa bagi tempoh 3 tahun.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak pula dilantik dalam operasi, penyenggaraan dan penyeliaan serta pengawasan pelaksanaan kerja-kerja bagi memastikan pematuhan terma-terma dan syarat-syarat daripada syarikat terlibat.

"Penyenggaraan tersebut sangat diutamakan dalam memastikan infra rakyat dalam keadaan baik, selamat dan selesa serta tidak membahayakan pengguna jalan raya," kata Alexander menerusi kenyataan itu.

Lebuhraya Pan Borneo merupakan bukti komitmen Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani dalam membangunkan rangkaian jalan raya secara lebih terancang, sistematik dan efisien.

Ia selaras dengan hasrat Program MYJalan KKR dalam menyediakan infrastruktur yang selamat dan selesa kepada semua rakyat Malaysia Madani secara konsisten.

TETITIA YUSOFF