fb fb fb fb fb

SC, Bursa Malaysia pantau konflik Asia Barat untuk jamin pasaran modal kekal stabil

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 14 April- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) serta Bursa Malaysia telah meningkatkan pemantauan dan pengawasan pasaran bagi memastikan aktiviti dalam pasaran modal Malaysia kekal stabil, adil dan teratur berikutan keadaan yang memuncak di Asia Barat.

Menerusi satu kenyataan bersama hari ini, kedua-dua entiti turut memberi jaminan bahawa asas pasaran kekal kukuh dan pengantara dipermodalkan dengan baik.

“Kami juga mempunyai sistem yang berkesan untuk memastikan penjelasan serta penyelesaian perdagangan yang berterusan dan berkesan. Selain itu, kami mempunyai kawalan yang diperlukan bagi menangani potensi peningkatan mendadak dalam turun naik pasaran ekuiti.

“Kami akan terus menilai keadaan dengan teliti untuk memastikan integriti pasaran modal kami kekal utuh,” kata mereka.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE