fb fb fb fb fb

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$110.1b pada 29 September 2023

KUALA LUMPUR, 6 Oktober- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$110.1 bilion pada 29 September 2023 berbanding AS$112.46 bilion pada akhir Ogos 2023.

Paras rizab tersebut adalah memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$98.0 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).

"Paras rizab turut mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing," menurut kenyataan.

(FOTO HIASAN)

Media Baharu