fb fb fb fb fb

RHBIB kekal unjur KDNK berkembang 4.6% pada 2024

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 21 Januari- RHB Investment Bank (RHBIB) mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang sebanyak 4.6% bagi 2024.

Menurut RHBIB, momentum pertumbuhan itu dijangka meningkat tahun ini, dipacu oleh permintaan luar lebih baik.

Pertumbuhanan eksport yang nominal diunjurkan meningkat semula 4.3% tahun ke tahun pada 2024.

Peningkatan semula itu didorong oleh prospek pertumbuhan ekonomi global dan serantau yang berdaya tahan.

Di peringkat domestik, bank pelaburan berkenaan mengekalkan prospek positif terhadap pertumbuhan penggunaan swasta di Malaysia.

Situasi itu disokong oleh keadaan permintaan pasaran buruh yang kukuh.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM