fb fb fb fb fb

Proton, smart Automobil meterai MoA di China

(FOTO PROTON)

KUALA LUMPUR, 20 September- Proton Holdings Bhd dan smart Automobile akan meneroka potensi kebolehlaksanaan pemasangan kenderaan smart di kilang Proton di Tanjung Malim, Perak.

Usaha itu bakal dimulakan selepas kedua-dua pihak memeterai memorandum perjanjian (MoA) baharu pada Ekspo China-Asean (CAEXPO) 2023 di Nanning, China baru-baru ini.

Susulan pemeteraian MoA pertama pada 2022, Proton telah mencapai kemajuan besar dalam usahanya untuk mewakili smart di rantau ini.

MoA baharu itu akan membawa kerjasama Proton dan Smart ke tahap baharu, seiring hasrat pengeluar kereta nasional itu yang mahu meningkatkan penglibatan melangkaui aspek pengedaran.

Proton juga komited untuk memperkenalkan lebih banyak kenderaan tenaga baharu (NEV) pada masa hadapan.

Pada masa hadapan, semua aktiviti pengeluarannya akan tertumpu di Automotive High Tech Valley; A-H-T-V yang akan membantu Proton mencapai matlamat menjadikan Malaysia hab kenderaan elektrik; E-V serantau.


(FOTO PROTON)

Media Baharu