fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah

(Foto Fail)

KUALA LUMPUR, 20 September- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Pada penutup dagangan, kontra September 2023 dan Mac 2024 merosot 3.5 mata masing-masing kepada 1,451.5 dan 1,443.5, Oktober 2023 turun 3.0 mata kepada 1,453.0 dan Disember 2023 susut 2.0 mata kepada 1,454.5.

Jumlah dagangan turun sedikit kepada 5,047 lot daripada 5,074 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 47,595 kontrak daripada 46,236 kontrak sebelumnya.

Pada pukulĀ  5.00 petang, FBM KLCI berkurangan 6.10 mata kepada 1,451.56 daripada paras penutup 1,457.66 pada Selasa.- BERNAMA


(Foto Fail)

Media Baharu