PETALING JAYA, 20 Disember - Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) memperkenal inisiatif terbaharu iaitu Copyright to You (CR2U) untuk mempercepatkan proses pensijilan dan notifikasi hak
Pengerusinya, Dr. Mohd Zuhan Mohd Zain berkata usaha itu untuk merangsang pertumbuhan industri kreatif di Malaysia.
Kata Mohd Zuhan, melalui inisiatif berkenaan, pemilik hak cipta akan mendapat perlindungan dengan lebih cepat dan efisien.
"Sebelum ini proses mengambil masa tiga hingga enam bulan dan dengan aplikasi CR2U akan mengeluarkan sijil dan notifikasi dalam tempoh 30 minit", katanya di sini.
Tambah Mohd Zuhan, CR2U adalah satu langkah proaktif MyIPO untuk membawa perubahan positif dalam dunia hak cipta di Malaysia.