fb fb fb fb fb

Program AUM berjaya tingkat jualan usahawan

Program masuk edisi keempat, penyumbang peningkatan ekonomi tempatan / Foto RTM

SHAH ALAM, 23 November - Agrobank melalui Program Agrobank Upward Migration (AUM) mencatatkan peningkatan jumlah jualan mencecah 21.57% kepada RM141.61 juta pada 2024, berbanding prestasi tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Pembangunan Agrobank, Ahmad Ariff Abu Bakar memaklumkan 57 syarikat di bawah program itu telah menunjukkan peningkatan jualan, dengan 34 daripadanya mencatatkan pertumbuhan melebihi 20 peratus.

Program berkenaan, turut mencatat pembiayaan tambahan berjumlah RM9.22 juta.

"Setakat ini, kira-kira 90 peluang pekerjaan baharu diwujudkan, dengan sebuah syarikat mencatat pertambahan sehingga 20 pekerja.

"Peserta program meliputi pelbagai sektor, kebanyakannya dalam F&B seperti restoran, serta penternakan ayam, itik, telur itik dan ikan. Secara keseluruhannya, majoriti merupakan usahawan dalam sektor pertanian selaras dengan pembiayaan Agrobank," katanya selepas Majlis Aspirasi Kecemerlangan Agrobank di sini.

Program yang memasuki edisi keempat itu terbukti membantu usahawan mengembangkan perniagaan sekaligus menyumbang kepada peningkatan ekonomi tempatan.

Lebih 500 usahawan dibantu dibawah Program yang dikendalikan Agrobank Centre of Excellence (ACE) sejak 2021.

FAUZIAH ABD RAHMAN