fb fb fb fb fb

Prestasi ringgti tidak cerminkan kedudukan sebenar ekonomi Malaysia

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 30 Oktober- Prestasi ringgit berbanding dolar AS tidak mencerminkan kedudukan sebenar ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, pertumbuhan ekonomi diukur berdasarkan beberapa petunjuk utama termasuk angka Keluaran Dalam Negara Kasar dan kadar guna tenaga.

"Ekonomi sesebuah negara tidak diukur dgn nilai mata wang negara itu berbanding dgn dolar AS. Itu bukan pengukuran yg biasa dibuat.

"Pengukuran yg biasa dibuat ialah kadar pertumbuhan ekonomi. Negara kita pd thn ni 4% thn dpn 4 ke 5%. Kedua, kadar pengangguran negara kita 3.4% lbh rendah drpd 4% kadar guna tenaga penuh,"katanya.

Selain itu, Kadar Dasar Semalaman pada 3% dan kadar inflasi yang terkawal pada 1.9%, turut menjadi indikator positif kepada ekonomi.

Secara keseluruhan, negara masih menunjukkan asas-asas ekonomi yang kukuh di sebalik pelbagai ketidaktentuan.

Malah, momentum pertumbuhan positif dijangka kekal, dengan kadar KDNK pada 4% tahun ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE