fb fb fb fb fb

Persatuan Takaful Malaysia lancar Hijrah27

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 8 November -Persatuan Takaful Malaysia (MTA) melancarkan Hijrah27 bagi memperkukuh pelan transformasi strategiknya industri takaful.

Ia menandakan komitmen pengendali takaful ke arah perkembangan dan evolusi industri yang lebih mampan, akses lebih luas, inovasi serta nilai sosial berimpak tinggi.

Bertemakan "Sama Berlindung, Sama Beramal, Sama Berjaya, Takaful Untuk Semua", majlis disaksikan oleh Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Adnan Zaylani Mohamad Zahid serta pemain industri berkaitan.

Rangka kerja transformasi tersebut memberi tumpuan kepada peningkatan pemahaman orang ramai mengenai Takaful dan meluaskan jangkauan bagi mereka yang tidak mempunyai akses dan perusahaan mikro kecil dan sederhana.

Ia juga memberi tumpuan kepada peningkatan profesionalisme dalam kalangan wakil takaful dan mempromosikan inisiatif yang sejajar aspek persekitaran, sosial dan tadbir urus, ESG.

Program dihadiri kira-kira 200 peserta, turut menekankan pengukuhan asas industri takaful dan memperteguh komitmennya terhadap pertumbuhan industri selari perundangan syariah.

Trainee