fb fb fb fb fb

Perodua rancang pasarkan kenderaan EV sebelum akhir 2025

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Mei - Perodua merancang untuk memperkenalkan kereta elektrik (EV) pertamanya ke pasaran sebelum hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, kenderaan tersebut akan ditawarkan pada harga bawah RM80,000.

"Kita target pasaran tempatan dalam 30 peratus selepas beberapa bulan kita akan tingkat pengeluaran sebanyak 60 peratus", katanya.

Model tersebut disasarkan kepada golongan muda dan keluarga kecil dengan anggaran pengeluaran sebanyak 500 unit sebulan.

Inisiatif itu bagi merealisasikan hasrat syarikat untuk menyediakan pilihan mobiliti elektrik mampu milik.

Zainal Abidin turut menegaskan nilai jangka panjang model itu menjadi keutamaan, khususnya dari aspek kualiti bateri dan nilai jual semula.

TUAN MOHAMAD IKRAM BIN TUAN MUHAMAD