fb fb fb fb fb

Permintaan sarung tangan getah perubatan meningkat

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 11 April- Permintaan untuk sarung tangan getah perubatan dan pembedahan meningkat pada bulan lepas.

Bekas Presiden Persatuan Pengeluar Sarun Tangan Getah Malaysia (MARGMA), Denis Low Jau Foo berkata permintaan itu meningkat disebabkan pelanggan menambah stok mereka.

Menurut beliau, permintaan terhadap produk itu meningkat walaupun situasi lebihan bekalan yang berterusan dan dijangka mencapai keseimbangan menjelang 2025.

Peningkatan permintaan disebabkan faktor menambah stok oleh pembeli yang menjadikan kebarangkalian harga meningkat.

Selain itu, faktor cuaca termasuk El Nino dan La Nina turut memainkan peranan dalam kenaikan harga dan turun naik harga getah.

Kestabilan harga getah juga dijangka bermula Jun.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM