fb fb fb fb fb

Permintaan kenderaan elektrik (EV) di Asean akan terus meningkat

Foto Hiasan/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 April- Penerimagunaan kenderaan elektrik (EV) di Asean dijangka terus meningkat.

Situasi itu didorong oleh sokongan kawal selia, pelancaran model baharu keluaran China pada harga lebih rendah selain peningkatan jumlah pengeluaran automotif dan permintaan ketara di rantau itu.

Melalui nota penyelidikan, Maybank Investment Bank Berhad memaklumkan, enam pasaran melaporkan lonjakan sehingga empat kali bagi jualan kereta elektrik sepenuhnya kepada 141,095 unit.

Thailand dan Vietnam muncul sebagai dua negara utama yang menyumbang 77 peratus daripada jualan berkenaan.

Secara keseluruhannya, Asean menyumbang sebanyak 6.2 peratus dari segi bahagian jualan kereta elektrik sepenuhnya dengan enam pasaran pada 2023 berbanding 1.6 peratus pada 2022.

Sejajar dengan pelancaran lebih banyak model EV pada harga rendah dilancarkan pada 2024 dan 2025, pihaknya menjangkakan kadar penggunaan EV di Asean juga akan terus meningkat.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM