fb fb fb fb fb

Perdagangan Rusia-Malaysia meningkat 32 peratus sejak awal 2025

Menteri Sains dan Pengajian Tinggi Rusia Valery Falkov/REUTERS

LANGKAWI, 12 November -Perdagangan antara Rusia dan Malaysia meningkat sebanyak 32 peratus sejak awal tahun ini, kata Menteri Sains dan Pengajian Tinggi Rusia Valery Falkov pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Saya ingin menyatakan yang kami melihat sokongan untuk dialog antara Rusia dan Malaysia di peringkat tertinggi tahun ini... Paling penting, kami berjaya meningkatkan perdagangan dua hala. Sejak awal tahun ini, ia meningkat sebanyak 32 peratus," kata Falkov di luar sesi keempat suruhanjaya bersama Rusia-Malaysia mengenai kerjasama ekonomi, saintifik, teknikal dan kebudayaan di Pulau Langkawi.

Moscow dan Kuala Lumpur terus memperluaskan kerjasama pelaburan, kata menteri itu.

Kilang Rusia menghasilkan minyak petroleum dan nilam sintetik di Malaysia dengan lebih banyak syarikat Rusia berhasrat untuk menempatkan pengeluaran di negara Asia Tenggara ini, kata Falkov. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF