fb fb fb fb fb

Perdagangan Malaysia meningkat kepada RM1.396 trilion, separuh pertama 2024

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Perdagangan Malaysia meningkat 8.4 peratus kepada RM1.396 trilion bagi separuh pertama 2024, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ini merupakan nilai tertinggi pernah dicatatkan bagi tempoh enam bulan pertama dalam rekod dagangan negara.

Bagi enam bulan pertama tahun ini, eksport mengembang 3.9 peratus kepada RM731.11 bilion.

Import naik 13.8 peratus kepada RM664.99 bilion manakala, lebihan dagangan berjumlah RM66.12 bilion.

Daripada segi barangan perkilangan, eksport jentera, kelengkapan dan peralatan melonjak 22.3 peratus kepada RM33.23 bilion.

Eksport minyak sawit dan barangan berasaskan minyak sawit pula meningkat sebanyak 4.1 peratus berbanding pertumbuhan negatif dicatatkan pada separuh pertama 2023.

Sementara itu, perdagangan negara kekal dalam trajektori meningkat dengan merekodkan pertumbuhan 8.7 peratus pada Jun 2024 kepadaRM 237.81 bilion.

Eksport catat pertumbuhan bagi bulan ketiga berturut-turut, meningkat 1.7 peratus kepada 126.05 bilion ringgit.

Import pula naik 17.8 peratus, kepada RM111.76 bilion.

Lebihan dagangan berjumlah RM14.29 bilion, menjadi lebih dagangan ke-50 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE