fb fb fb fb fb

Peluasan skop SST masih dalam perincian – MOF

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 29 April – Kementerian Kewangan (MOF) masih dalam proses memperincikan pelaksanaan peluasan skop cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata perincian itu turut melibatkan penyediaan garis panduan berhubung pelaksanaan instrumen cukai berkenaan.

“Kami juga dalam proses mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan dan pemegang taruh. Jadi, sekiranya ada maklumat lebih lanjut, Kementerian Kewangan akan membuat pengumuman rasmi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Mega e-Invois 2025 di sini, hari ini.

Cadangan penambahbaikan terhadap SST telah diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober lalu dan dijadual berkuat kuasa mulai 1 Mei ini.

Melalui penambahbaikan itu, sebahagian hasil dijangka digunakan untuk menambah baik bantuan tunai kepada rakyat serta meningkatkan mutu perkhidmatan awam terutamanya dalam sektor pendidikan dan kesihatan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN