fb fb fb fb fb

Kontrak niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 29 April- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives melantun semula untuk ditutup tinggi hari ini meskipun sentimen pasaran yang bertambah baik apabila kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan kelihatan mula mereda.

Pengarah urusan SPI Asset Management Stephen Innes memberi tahu Bernama prospek emas masih disokong oleh ketidakpastian perdagangan global ketika ini dan jangkaan penurunan nilai dolar AS.

Pada penutup dagangan hari ini, kontrak bulan semerta April 2025 meningkat kepada US$3,316.90 setiap aun troy daripada US$3,280.90 pada Isnin dan Mei 2025 naik pada US$3,325.90 setiap auns troy daripada US$3,289.90 sebelumnya.

Kontrak Jun 2025, Julai 2025 dan Ogos meningkat kepada US$3,343.70 setiap auns troy daripada US$3,307.10 pada Isnin.

Jumlah dagangan merosot kepada 64 lot daripada 202 lot semalam, manakala kepentingan terbuka naik sedikit kepada 37 kontrak daripada 36 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 28 April, emas fizikal berharga pada US$3,296.30 setiap auns troy.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE