fb fb fb fb fb

Pelancaran rangkaian 5G, TM diperingkat akhir rundingan dengan DNB

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Telekom Malaysia Berhad (TM) kini di peringkat akhir rundingan dengan Digital Nasional Berhad (DNB) dalam usaha melancarkan rangkaian 5G di negara ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Imri Mokhtar berkata urusan bagi memuktamadkan perjanjian ekuiti dan borong mengikut jadual dan dijangka dimuktamadkan hujung bulan ini, seperti yang ditetapkan Kementerian Kewangan.

(Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Imri Mokhtar)

"Dari segi pembelian kapasiti, ia akan dimuktamadkan. Perjanjian borong juga kini berada dalam rundingan akhir yang juga merupakan perjanjian akses," katanya.

Bercakap pada taklimat media keputusan kewangan suku kedua 2022 TM, Imri menjelaskan tiada ketetapan masa diberikan mengenai pelancaran perkhidmatan rangkaian 5G buat masa ini.

Bagaimanapun, TM akan terus menguji perkhidmatannya bukan sahaja dalam kalangan rangkaiannya tetapi juga dengan kumpulan pelanggan yang lebih kecil.

Media Baharu