KUALA LUMPUR, 19 Januari- Sebanyak 17 juta bilangan transaksi tanpa tunai disasarkan menerusi Program Paynet Digital Campus 3.0, sepanjang tahun ini.
Pengarah Kanan, Bahagian Digitalisasi Kerajaan PayNet, Firdaus Ghani berkata, sasaran itu meningkat 50 peratus berbanding edisi terdahulu, berikutan penglibatan lebih banyak institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
"Inisiatif ini bertujuan mengalakkan pelajar mengadaptasi pembayaran digital dalam urusan seharian dan mewujudkan persekitaran lebih selamat.
"Penglibatan pelajar penting kerana mereka yang tahu untuk mengerakkan pembayaran digital dalam kampus mereka. Paynet bergerak dari Perlis, UNIMAP di Arau dan ke bandar seperti UKM dan UPM,"katanya.
Tahun lalu, Digital Campus 2.0 merekodkan 11.8 juta bilangan transaksi.
Lebih 400,000 pelajar daripada 28 universiti awam dan swasta terlibat, dengan purata 29 transaksi setiap individu.