fb fb fb fb fb

Pasaran getah ditutup bercampur-campur

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 4 April- Pasaran getah Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan bercampur-campur, didorong oleh perkembangan membabitkan aliran peningkatan harga minyak mentah yang turut mempengaruhi sentimen secara menyeluruh, kata peniaga.

Malah, sentimen optimis itu turut dipacu oleh pengumuman China mengenai langkah-langkah rangsangan bagi menghidupkan semula sektor automotifnya dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi secara meluas.

Bagaimanapun, momentum kenaikan pasaran dikekang oleh pengukuhan prestasi ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selain pelbagai data yang diumumkan di negara maju itu.

“Ketiadaan pembeli China dengan pasaran Shanghai ditutup sempena cuti umum, hanya menyumbang kepada dagangan yang lengang di pasaran hadapan serantau,” katanya kepada Bernama.

Pada sama, pasaran hadapan getah Jepun meningkat pada hari ini, didorong oleh aliran kenaikan saham Tokyo serta peningkatan harga minyak.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia SMR 20 kekal tidak berubah pada 764.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut 3.5 sen kepada 754.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi getah fizikal SMR 20 berada pada 762.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal 750.0 sen sekilogram- BERNAMA

ZEHRA BINTI ZAMBRI