fb fb fb fb fb

Pasaran getah ditutup tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Julai- Pasaran getah ditutup tinggi pada Rabu disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai dan permintaan yang meningkat semula di Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU), selain kebimbangan mengenai bekalan yang terhad, kata peniaga.

“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh penurunan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras, data ekonomi China yang bercampur-campur dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) naik 0.5 sen kepada 783 sen sekilogram manakala lateks pukal susut 4.0 sen kepada 666.5 sen sekilogram.

Pada 5.00 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 779 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 662 sen sekilogram.- BERNAMA

ROSLINA BINTI DIN