fb fb fb fb fb

80% stesen pengecas EV boleh akses Hello Smart

Pengguna kini boleh lebih yakin dengan penggunaan kenderaan elektrik untuk jarak jauh.  

KUALA LUMPUR, 10 Julai- Sebanyak 80 peratus stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di Malaysia boleh diakses melalui aplikasi yang diperkenal Smart Malaysia iaitu Hello Smart.

Ketua Pegawai Penjenamaannya, Salawati Mohd Yusoff berkata, aplikasi itu akan menunjukkan lokasi stesen pengecas bukan sahaja di lebuh raya malah di pusat beli-belah serta kawasan restoran.

Pengguna kini boleh lebih yakin dengan penggunaan kenderaan elektrik untuk jarak jauh.  

"Meletakkan 80 peratus maklumat tentang operasi pengecas di dalam satu aplikasi sahaja.

"Pelanggan tidak perlu tengok banyak aplikasi," katanya selepas merasmikan kereta elektrik terbaharunya, smart #3 di sini.

Model itu ditampil dengan tiga varian iaitu varian BRABUS, Premium dan Pro yang direka khas untuk pasaran di Malaysia. 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM