fb fb fb fb fb

Pasaran getah ditutup rendah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Jun- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu susulan penurunan harga minyak mentah di tengah-tengah petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Beliau berkata harga minyak turun sedikit hari ini dan berlegar berhampiran paras terendah dalam tempoh empat bulan apabila negara-negara OPEC+ memutuskan untuk meningkatkan bekalan pada akhir tahun ini manakala kenaikan stok minyak mentah dan bahan api AS menambahkan kebimbangan terhadap permintaan yang perlahan berikutan pertumbuhan ekonomi yang mula mereda.

“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dikekang oleh ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika dan harapan terhadap pemulihan ekonomi China manakala data ekonomi AS tidak memberangsangkan dijangka membawa kepada kemungkinan penurunan kadar faedah AS,” katanya.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 turun 3.5 sen kepada 808 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot 1.5 sen sekilogram kepada 781.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 809 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 783.5 sen sekilogram.- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI