fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Jun- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives melonjak semula untuk ditutup lebih tinggi hari ini selepas kekosongan kerja di Amerika Syarikat (AS) pada April menunjukkan permintaan buruh yang lembap, mendorong perbincangan tentang kemungkinan pemotongan kadar faedah AS.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2024 meningkat kepada US$2,341.2 setiap auns troy daripada US$2,339.30 setiap auns troy semalam manakala Julai 2024 naik kepada US$2,348.0 setiap auns troy daripada US$2,339.30 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup lebih tinggi kepada US$2,364.40 setiap auns troy daripada US$2,361.3 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan bertambah kepada tujuh lot daripada tiga lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 27 kontrak daripada 24 kontrak semalam.

Menurut London Bullion Market Association pada 4 Jun, harga emas fizikal berada pada US$2,326.0 setiap auns troy.- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI